Friday 8 June 2012

Nuel Demam - Day 6



Termasuk hari ini, 6 hari Nuel dah demam panas. Semalam aku terpaksa ambik cuti sbb hantar dia pergi poliklinik dan jaga Nuel di rumah.

Walaupun demam panas tapi dia rasa sejuk terutama pada bahagian kaki. Nuel tak lalu makan & nenen (minum susu). Kadang2 kalau dia rasa lapar, dia mintak mee sahaja.

Pagi tadi, aku terpaksa turun kerja kerana banyak kerja yang belum selesai di pejabat. Nuel terpaksa ikut si daddy kerja dalam keadaan yang tidak sihat kerana tidak ada sesiapa yang menjaga Nuel di rumah. Daddy hantar nuel ke klinik swasta untuk mendapatkan bekalan ubat.

Aku sangat tak puas hati dengan layanan kat poliklinik RCBM - Klinik Rajah Charles Brook Memorial. Pembantu perubatan seperti sambil lewa merawat keadaan anak aku. Tak sampai 2 minit pun dalam bilik tu, pemb. perubatan tu terus bagi resit untuk ambil ubat. Sentuh anak aku pun tidak. Dia cuma tanya sakit apa? Ada minum air bikarbonat tak? berapa hari dah deman? Itu sahaja.

Nuel ada masalah dengan tonsil membengkak setiap kali demam panas. Menurut daddy, doktor tadi ada berpesan, kalau nak buat pembedahan kecil bolehlah dilakukan sekarang. Risiko tetap ada kata doktor. Tak tau la pulak risiko yang mcm mana...Takut juga aku bila dengar perkataan "RISIKO". Aku tak pasti dan kurang faham dengan maksud doktor. Mungkin lain kali aku sendiri yang akan bertanya dengan doktor mengenai perkara itu.

Nuel, walaupun demam, tetap juga nak baca buku, melukis dan mewarna...kesian betul Nuel...Minggu depan dah nak start sekolah lagi tapi keadaan dia masih demam...hmmm...harap Nuel cepat sembuh...Amen..

Wednesday 6 June 2012

7th Anniversary


Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 7 kpd diri saya sendiri. Hubby beli hadiah special untuk saya. Saya sangat menghargainya. Thank you.

Semoga kekal ke akhirat dan semoga Tuhan memberikan banyak kekuatan dan kesabaran dalam cabaran. Amen.

Syukur kerana sampai ke tahap ini. 7 Tahun...

Thursday 17 May 2012

Pertandingan Rhyme Nuel No.1



Adalah tidak baik membuka pekung didada sendiri apalagi untuk tatapan umum. Pasrah adalah jalan terbaik..so, aku rasa tak perlu la aku sambung cerita2 karut untuk masa terdekat ini. Takut ia memberikan impak yang tidak baik kepada mana2 pihak. Buktinya, aku masih mempunyai hati yang mulia kerana terpaksa pasrah dengan setiap dugaan yang aku lalui dalam hidup. Dengan ini juga, aku ingin memohon maaf kepada yang terasa dengan entry yang sebelum ini.

Kalau boleh, biarlah cerita2 yang aku kongsikan disini hanya berunsurkan kehidupan yang gembira, teruja dan bahagia sahaja..

ok dear, kat bawah ni aku nak cerita kisah anak aku si Nuel semasa terpilih untuk mengikuti pertandingan Rhyme [mcm story telling tu la]. Bila dibagi rhyme yang pertama, Nuel berjaya menghafal dengan mudah. Tajuk Rhyme yg pertama ialah 'The big Clock'.

Kemudian, dia terpilih ke final pertandingan tersebut dan diberi rhyme yang ke dua bertajuk 'The Golden Fish'. Kali ini, agak sukar untuk Nuel menghafal kerana masa yang singkat iaitu selama 3 hari sahaja. 





Perenggan yang ketiga tu agak sukar untuk dihafal oleh Nuel. Tambah2 lagi Nuel belum pun pandai membawa dan hanya bergantung kepada ingatan sahaja. Siang malam Nuel dipaksa oleh si Daddy untuk menghafal...Melihat si daddy gagal untuk mengingatkan si Nuel perenggan ke tiga, aku pun masuk line dan cuba untuk membantu si Nuel menghafal perenggan yang ketiga tu...mula2 aku cool...lame2 aku pun pandai hot..Aku hairan kenapa perengga ketiga tu susah sangat dia nak hafal? padahal perenggan keempat dan kelima dia boleh hofal...Nuel kene pukul dengan hanger pakaian, ditinggi suara, dimarah tapi sekadar marah2 manja je la..Takdela sampa mendera...

Masuk pada hari ini 18.5.2012 iaitu tarikh pertandingan akhir, Nuel masih gagal menghafal perenggan yang ketiga itu. Seperti biasa Nuel dihantar oleh si daddy turun ke sekolah. Aku memang tak mengharap sangat Nuel dpt No.1..No.2 pun dah kira ok sbb dia tak ingat perengan ketiga tu.

Lebih kurang pada pukul 11 pagi, time Nuel balik sekolah, aku dapat panggilan dari si daddy. Daddy kate Nuel dpt No.1! Aku terus tergelak dan sangat berbangga dengan Nuel. Hairan pun ade gak. Dalam hati kecil aku ada 2 kemungkinan. Satu, Nuel dpt no.1 mungkin rakan2 nya yg lain lagi teruk dariNuel atau Nuel dpt ingat balik perenggan ketiga tu...Part action pulak, baru pagi tadi mummy tambah sikit2, itu pun kalau dia ingat...


Inilah anak kebanggaan mummy..




Semoga ini bukanlah kejayaan pertama Nuel. diharapkan juga, lain kali Nuel menang lagi...God Bless You Always dear...hehe..tq

Saturday 12 May 2012

Happy Mother's Day 2012



Hi korang! Lama dah tak update blog...tak banyak masa dan malas nak menaip sebenarnya...idea banyak...isu2 semasa pun banyak...tapi tu la...malas nak menaip...hehe..

Hari ni, sebab teringin sangat nak cakap sesuatu sempena hari Ibu. First of all, happy mother's day to myself and to all the mothers out there!

Kalau kat Facebook, ramai kawan2 update kate nak pergi dinner, pergi celebrate, beli kek, bawa anak2 jln2...etc. cemburu pula sy dengan mereka. Entahla kenapa saya perlu rasa mcm tu. Setiap tahun, sy tak pernah sambut mother's day. Tak tau la knp org mcm tak kesah je. Sekarang ni, sy betul2 rasa mcm sedih sangat...tapi saya kene kuatkan semangat kan...?

Tak mudah menjadi seorang ibu...bukan senang...mungkin sbb tu kadang2 kaum ibu rasa ingin lebih dihargai. Tak perlu la nak celebrate besar-besaran, cukuplah kalau belikan hadiah yang simple dan murah. arghhh.....! tiba2 sy rasa sedih dan mcm tak dihargai langsung...:-(

Apapun, nasib baik anak mummy bagi special kat mummy. Thanks dear...


Wednesday 18 April 2012

Pagi yang serabut


Nak dijadikan cerita, kisah Nuel dengan si daddy pagi tadi...Hampir setiap pagi keadaan huru hara...

Si Daddy,

Setiap pagi mesti kecoh cari belt kat mana...stoking kat mana..etc. Pagi tadi si daddy marah sebab dah pakai cantik2 sebab nak pergi Seminar di ICATS katanye. Si daddy marah2 sebab kasut tak jumpa. Cari punya cari, habis satu rumah kene geledah [periuk belanga pun kena geledah tau]. Konfiden betul dia cakap kasut tu memang dia letak kat situ. So, memang pisang goreng panas la dia..

"Aku ingat sangat, semalam aku letak kat sini," katanye.

Si Nuel pulak,

bila bangun pagi je terus cakap nak tengok tv dulu la, daddy mandi dulu la, nak nenen dulu la...etc..Memang tak ingat lambat pegi sekolah. Aku hangin juga bila semua org bangun tak on time. Yang si Nuel ni memang degil waktu pagi. hmm....memang tiap pagi nak kena tinggi suara sikit. Dipendekkan cerita, selesai mandi, pakai baju seluar, Nuel pulak cari stoking. Belum habis lagi cerita si daddy yang cari kasut.

Yang buat aku geram, si daddy sangat konfiden yang kasut tu ada dalam rumah. Last2 kasut tu rupanya tertinggal dlm kereta kwn dia. Si Nuel pulak, dah jumpa stoking dia, so, kitorang pun bergerak keluar dari rumah. Kami pakai kereta lain2. Nuel kebiasaannya tumpang daddy kalau turun sekolah sbb tempat kerja aku jauh. Tapi pagi tadi si Nuel tak nak pulak dihantar oleh si daddy ke sekolah. Terpaksalah aku hantar si budak degil tu. Bila dah selesai semuanya, lalu aku pun terus ke tempat kerja...

Bila balik dari kerja petang tadi, Nuel lantas tanya aku, masa sekolah tadi knp tak berbekal? Aduh!! Aku boleh terlupa sedia bekal anak aku turun sekolah!

"Tadi cikgu bagi aku makan mee," sambung Nuel sambil makan ikan goreng di ruang tamu.

"Habis tu, cikgu makan apa kalau Nuel yg makan bekal yg cikgu bawa?" tanyaku lagi.

"Tak makan apa2 lah," tambah Nuel lagi.

Dalam hati aku,"padan muka, sapa suruh buat hal pagi2, kan dah lupa bekal.."

So, begitulah ceritanya...

Tuesday 17 April 2012

Album 2 [Mummy]


















Masalah berat badan


30 Mac 2012, berat badan aku turun sebanyak 4 kg. Tapi semalam iaitu 16 April 2012, berat aku naik 1kg. Sekarang berat badan aku 81.9kg..

Lain kali aku akan bagitau sebab2 yg memungkinkan aku kehilangan banyak berat badan dalam masa singkat. Dan sebab kenapa berat badan aku tiba2 naik 1kg dalam masa tidak sampai sebulan.