Thursday 17 May 2012

Pertandingan Rhyme Nuel No.1



Adalah tidak baik membuka pekung didada sendiri apalagi untuk tatapan umum. Pasrah adalah jalan terbaik..so, aku rasa tak perlu la aku sambung cerita2 karut untuk masa terdekat ini. Takut ia memberikan impak yang tidak baik kepada mana2 pihak. Buktinya, aku masih mempunyai hati yang mulia kerana terpaksa pasrah dengan setiap dugaan yang aku lalui dalam hidup. Dengan ini juga, aku ingin memohon maaf kepada yang terasa dengan entry yang sebelum ini.

Kalau boleh, biarlah cerita2 yang aku kongsikan disini hanya berunsurkan kehidupan yang gembira, teruja dan bahagia sahaja..

ok dear, kat bawah ni aku nak cerita kisah anak aku si Nuel semasa terpilih untuk mengikuti pertandingan Rhyme [mcm story telling tu la]. Bila dibagi rhyme yang pertama, Nuel berjaya menghafal dengan mudah. Tajuk Rhyme yg pertama ialah 'The big Clock'.

Kemudian, dia terpilih ke final pertandingan tersebut dan diberi rhyme yang ke dua bertajuk 'The Golden Fish'. Kali ini, agak sukar untuk Nuel menghafal kerana masa yang singkat iaitu selama 3 hari sahaja. 





Perenggan yang ketiga tu agak sukar untuk dihafal oleh Nuel. Tambah2 lagi Nuel belum pun pandai membawa dan hanya bergantung kepada ingatan sahaja. Siang malam Nuel dipaksa oleh si Daddy untuk menghafal...Melihat si daddy gagal untuk mengingatkan si Nuel perenggan ke tiga, aku pun masuk line dan cuba untuk membantu si Nuel menghafal perenggan yang ketiga tu...mula2 aku cool...lame2 aku pun pandai hot..Aku hairan kenapa perengga ketiga tu susah sangat dia nak hafal? padahal perenggan keempat dan kelima dia boleh hofal...Nuel kene pukul dengan hanger pakaian, ditinggi suara, dimarah tapi sekadar marah2 manja je la..Takdela sampa mendera...

Masuk pada hari ini 18.5.2012 iaitu tarikh pertandingan akhir, Nuel masih gagal menghafal perenggan yang ketiga itu. Seperti biasa Nuel dihantar oleh si daddy turun ke sekolah. Aku memang tak mengharap sangat Nuel dpt No.1..No.2 pun dah kira ok sbb dia tak ingat perengan ketiga tu.

Lebih kurang pada pukul 11 pagi, time Nuel balik sekolah, aku dapat panggilan dari si daddy. Daddy kate Nuel dpt No.1! Aku terus tergelak dan sangat berbangga dengan Nuel. Hairan pun ade gak. Dalam hati kecil aku ada 2 kemungkinan. Satu, Nuel dpt no.1 mungkin rakan2 nya yg lain lagi teruk dariNuel atau Nuel dpt ingat balik perenggan ketiga tu...Part action pulak, baru pagi tadi mummy tambah sikit2, itu pun kalau dia ingat...


Inilah anak kebanggaan mummy..




Semoga ini bukanlah kejayaan pertama Nuel. diharapkan juga, lain kali Nuel menang lagi...God Bless You Always dear...hehe..tq

No comments:

Post a Comment