Thursday 17 May 2012

Pertandingan Rhyme Nuel No.1



Adalah tidak baik membuka pekung didada sendiri apalagi untuk tatapan umum. Pasrah adalah jalan terbaik..so, aku rasa tak perlu la aku sambung cerita2 karut untuk masa terdekat ini. Takut ia memberikan impak yang tidak baik kepada mana2 pihak. Buktinya, aku masih mempunyai hati yang mulia kerana terpaksa pasrah dengan setiap dugaan yang aku lalui dalam hidup. Dengan ini juga, aku ingin memohon maaf kepada yang terasa dengan entry yang sebelum ini.

Kalau boleh, biarlah cerita2 yang aku kongsikan disini hanya berunsurkan kehidupan yang gembira, teruja dan bahagia sahaja..

ok dear, kat bawah ni aku nak cerita kisah anak aku si Nuel semasa terpilih untuk mengikuti pertandingan Rhyme [mcm story telling tu la]. Bila dibagi rhyme yang pertama, Nuel berjaya menghafal dengan mudah. Tajuk Rhyme yg pertama ialah 'The big Clock'.

Kemudian, dia terpilih ke final pertandingan tersebut dan diberi rhyme yang ke dua bertajuk 'The Golden Fish'. Kali ini, agak sukar untuk Nuel menghafal kerana masa yang singkat iaitu selama 3 hari sahaja. 





Perenggan yang ketiga tu agak sukar untuk dihafal oleh Nuel. Tambah2 lagi Nuel belum pun pandai membawa dan hanya bergantung kepada ingatan sahaja. Siang malam Nuel dipaksa oleh si Daddy untuk menghafal...Melihat si daddy gagal untuk mengingatkan si Nuel perenggan ke tiga, aku pun masuk line dan cuba untuk membantu si Nuel menghafal perenggan yang ketiga tu...mula2 aku cool...lame2 aku pun pandai hot..Aku hairan kenapa perengga ketiga tu susah sangat dia nak hafal? padahal perenggan keempat dan kelima dia boleh hofal...Nuel kene pukul dengan hanger pakaian, ditinggi suara, dimarah tapi sekadar marah2 manja je la..Takdela sampa mendera...

Masuk pada hari ini 18.5.2012 iaitu tarikh pertandingan akhir, Nuel masih gagal menghafal perenggan yang ketiga itu. Seperti biasa Nuel dihantar oleh si daddy turun ke sekolah. Aku memang tak mengharap sangat Nuel dpt No.1..No.2 pun dah kira ok sbb dia tak ingat perengan ketiga tu.

Lebih kurang pada pukul 11 pagi, time Nuel balik sekolah, aku dapat panggilan dari si daddy. Daddy kate Nuel dpt No.1! Aku terus tergelak dan sangat berbangga dengan Nuel. Hairan pun ade gak. Dalam hati kecil aku ada 2 kemungkinan. Satu, Nuel dpt no.1 mungkin rakan2 nya yg lain lagi teruk dariNuel atau Nuel dpt ingat balik perenggan ketiga tu...Part action pulak, baru pagi tadi mummy tambah sikit2, itu pun kalau dia ingat...


Inilah anak kebanggaan mummy..




Semoga ini bukanlah kejayaan pertama Nuel. diharapkan juga, lain kali Nuel menang lagi...God Bless You Always dear...hehe..tq

Saturday 12 May 2012

Happy Mother's Day 2012



Hi korang! Lama dah tak update blog...tak banyak masa dan malas nak menaip sebenarnya...idea banyak...isu2 semasa pun banyak...tapi tu la...malas nak menaip...hehe..

Hari ni, sebab teringin sangat nak cakap sesuatu sempena hari Ibu. First of all, happy mother's day to myself and to all the mothers out there!

Kalau kat Facebook, ramai kawan2 update kate nak pergi dinner, pergi celebrate, beli kek, bawa anak2 jln2...etc. cemburu pula sy dengan mereka. Entahla kenapa saya perlu rasa mcm tu. Setiap tahun, sy tak pernah sambut mother's day. Tak tau la knp org mcm tak kesah je. Sekarang ni, sy betul2 rasa mcm sedih sangat...tapi saya kene kuatkan semangat kan...?

Tak mudah menjadi seorang ibu...bukan senang...mungkin sbb tu kadang2 kaum ibu rasa ingin lebih dihargai. Tak perlu la nak celebrate besar-besaran, cukuplah kalau belikan hadiah yang simple dan murah. arghhh.....! tiba2 sy rasa sedih dan mcm tak dihargai langsung...:-(

Apapun, nasib baik anak mummy bagi special kat mummy. Thanks dear...