Friday 8 June 2012

Nuel Demam - Day 6



Termasuk hari ini, 6 hari Nuel dah demam panas. Semalam aku terpaksa ambik cuti sbb hantar dia pergi poliklinik dan jaga Nuel di rumah.

Walaupun demam panas tapi dia rasa sejuk terutama pada bahagian kaki. Nuel tak lalu makan & nenen (minum susu). Kadang2 kalau dia rasa lapar, dia mintak mee sahaja.

Pagi tadi, aku terpaksa turun kerja kerana banyak kerja yang belum selesai di pejabat. Nuel terpaksa ikut si daddy kerja dalam keadaan yang tidak sihat kerana tidak ada sesiapa yang menjaga Nuel di rumah. Daddy hantar nuel ke klinik swasta untuk mendapatkan bekalan ubat.

Aku sangat tak puas hati dengan layanan kat poliklinik RCBM - Klinik Rajah Charles Brook Memorial. Pembantu perubatan seperti sambil lewa merawat keadaan anak aku. Tak sampai 2 minit pun dalam bilik tu, pemb. perubatan tu terus bagi resit untuk ambil ubat. Sentuh anak aku pun tidak. Dia cuma tanya sakit apa? Ada minum air bikarbonat tak? berapa hari dah deman? Itu sahaja.

Nuel ada masalah dengan tonsil membengkak setiap kali demam panas. Menurut daddy, doktor tadi ada berpesan, kalau nak buat pembedahan kecil bolehlah dilakukan sekarang. Risiko tetap ada kata doktor. Tak tau la pulak risiko yang mcm mana...Takut juga aku bila dengar perkataan "RISIKO". Aku tak pasti dan kurang faham dengan maksud doktor. Mungkin lain kali aku sendiri yang akan bertanya dengan doktor mengenai perkara itu.

Nuel, walaupun demam, tetap juga nak baca buku, melukis dan mewarna...kesian betul Nuel...Minggu depan dah nak start sekolah lagi tapi keadaan dia masih demam...hmmm...harap Nuel cepat sembuh...Amen..

No comments:

Post a Comment