Tuesday, 17 April 2012

Harta aku..


Sudah lama ku impikan :-p

Aku berjaya dengan hasil titik peluh sendiri. Biarpun tidak semahal mana pun tapi aku puas kerana untuk semata-mata membelanjakan RM139.00 hanya kepada kemahuanku. Aku beli sendiri dan aku pilih sendiri dengan duit sendiri..hehe..


Sekali-sekala berbelanja untuk kemahuan bukan bermakna aku lupa untuk keperluan. ^_^

Bunga itu...


Kadang2 manusia tidak sedar bila dan dimana tindakan mereka mampu menyinggung perasaan orang lain. Bila kita rasa puas namun disebelah pihak pasti tidak puas atau sama dengan apa yang kita rasa.

Melalui liku-liku kehidupan ini, aku harus bersabar dan terus bersabar. Tidak semua yang kita harapkan bakal kita perolehi dan rasai. Belajar untuk bersyukur di dalam segala hal itu harus! Tapi fizikal dan mental harus kuat.

Kalau misalnya hari ini kita inginkan sesuatu itu begitu tapi ia begini..

Kalau esok pula kita ingin ia begini tapi terjadi begitu..

Itu cabaran yang paling sulit...sulit untuk fizikal dan mental..

Masalah

Masalah ada dimana-mana. Masalah sentiasa mengiringi langkah kita. Kadang2 juga, masalah itu tidak sekadar subjektif sahaja malah ia datang dalam pelbagai bentuk atau jelmaan.

Aku sudah hidup selama 29 tahun. Aku membesar dengan seribu satu macam masalah. Masalah kemiskinan, kesulitan hidup, kekurangan, kegagalan hidup, kegagalan percintaan, tidak berupaya, dan segala masalah tidak kira dalam bntuk apa sekalipun.

Aku sedikit demi sedikit keluar dari satu masalah ke satu masalah yang lainnya..Namun selesai satu, datang satu masalah baru. Kapan pun masalah itu tidak akan pernah meninggalkan kita. Sehingga aku menukar persepsi aku daripada 'MASALAH' kepada 'UJIAN'.

Pilihan

Banyak pilihan. Suka, duka, gembira, cinta, sayang, benci, rindu....etc. Pilihan tepat itu jarang dibuat org. Jgn mimpi untuk ketepatan yang menjanjikan bahagia. Tidak akan pernah ia sempurna...

wahai diriku, jangan pernah tinggalkan bayang-bayangmu sendiri. Bayangmu itu umpama kompas dalam dirimu. Cubalah untuk menghargai apa yang sudah tercapai dan perbaikilah uasaha ke arah yang lebih positif. Menyelesai masalah tidak mudah. Kesabaran adalah kunci segalanya.

Manusia disampingmu mungkin lupa tapi Tuhan tidak pernah melupkanmu. Jika hari ini, mereka tidak duduk tepat disisimu, berikanlah ruang kerana kamu sendiri mungkin juga begitu disisi mereka.

Harapan

Kenapa perahu itu bocor saat aku berusaha untuk menutupi lubangnya. Kenapa kopiku tawar biarpun banyak gula didalamnya. Kenapa kakiku sakit biarpun aku bersepatu dan kenapa hatiku layu meskipun aku mengukir senyuman.

Kesempurnaan itu impian, kejayaan itu kepuasan, kesetiaan itu harapan.

Masih banyak yang perlu aku ungkapkan, namun maksudnya biarlah tersirat. Aku cuba bermain dengan perasaan agar ada sedikit huraian. Tidak aku minta untuk dimengertikan tapi biar hatimu senyum sendiri. Aku puas bila tiba masanya daun itu gugur sendiri.

Perasaan bisa hilang dan kaku. Bunga bisa berkembang dan harum bau. Manusia bisa mati dan pergi. Tuhan sahaja yang tidak akan kemana-mana. Aku percaya rencana Tuhan untuk ku. Terima kasih Tuhan!

Friday, 13 April 2012

Kesempatan untuk bersama parents

Hmm...sekarang ni jam sudah menunjukkan 3pagi. Baru sebentar tadi aku bersama dengan anakku sampai di Sarikei. Kami berdua menaiki bas dari Kuching pada jam 7.30mlm. Tadi bukan main mengantuk, tapi sekarang dah segar balik...



Nuel lah org yang paling gembira bila berkesempatan balik ke sini sebab dapat berjumpa dengan datuknya, neneknya, auntynya dan sepupunya.

Thursday, 12 April 2012

Pengalaman mendewasakan aku




Nuel baru sahaja memulakan persekolahannya pada 5hb Mac 2012 yang lepas. Baru seminggu mula, cuti la pulak selama seminggu.

Seronok melihat anak membesar di depan mata. Menjadi seorang ibu tidak ternilai harganya. Dari saat melahirkan sehinggalah anak kita dewasa. Entah kenapa malam ini, aku tergerak hati untuk menulis tentang pengalaman-pengalaman yang lepas. Hati jadi sayu bila teringat kembali segala kenangan pahit manis suatu ketika dahulu.

Begitu cepat masa berlalu. Tahun 2012 merupakan ke-7 kali ulangtahun perkahwinan kami. Dalam tempoh 7 tahun bermacam-macam dugaan yang aku tempuhi. Tidak mampu untuk aku ungkapkan dengan kata-kata kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Cukuplah hanya sekadar aku membayangkan pengalaman silam itu sebagai satu pengalaman yang telah banyak mematangkan aku.

Pada usia 21 tahun, aku sebenarnya belum cukup matang dan belum cukup bersedia untuk mendirikan rumahtangga...tetapi, ya....aku percaya rencana Tuhan. Siapa tahu, itu rencana Tuhan yang terbaik buatku pada ketika itu. Perjalanan yang samar, akhirnya cahaya hadir menerangi kehidupan aku...

Lembaran Baru

Impian kerjaya aku tidak kemana. Haluanku langsung berubah dengan harapan dari suami. Yang pada mulanya indah, indah...kemudian indah...dan sehingga kini, keindahan itu berterusan. Bagaimana aku bisa melupakan kenangan itu. Kerana melalui kenangan itulah, aku gagah melalui kehidupan aku sekarang.

Cita-cita


Besar cita-cita aku. Seluas lautan cina selatan. Aku tolak satu ketepi, namun beribu-ribu masih bersarang di kotak pemikiran aku. Kakiku berat, tanganku kebas..tidak terdaya untuk menghayunkan langkah kerana tidak ada yang bisa menggerakkan langkah ku. Aku terdampar begini. Terjun aku dengan labu mat jenin. Angan2 tidak pernah mengerti bagaimana bisa aku untuk menyempurnakan cita2 itu. Ingin ku gapai, tangan tak sampai...:-)

Kehadiran Nuel, maka lenyaplah segala kegelapan. Tuhan mengurniakan aku seorang bayi yang sungguh comel pada tanggal 18/2/2008 9.20pm di Hospital Kanowit, sarawak. Tak terasa air mata aku mengalir tiap kali menatap gambar ini. Terselit seribu satu macam perasaan yang terbit pada ketika itu. Aku berpaut pada dahan yang rapuh sedangkan aku mengharapkan ia kukuh dan teguh.

Maka berhijrahlah kami bertiga setelah sebulan kelahiran Nuel. Pun begitu, Tuhan masih menguji...ujian demi ujian...sehingga kini...Terima kasih Tuhan! arghh! aku mula sebab jika mengimbau kisah itu. walaupun ketika itu, kekuatan aku hampir lebur, namun aku tetap gagahkan diri untuk terus menikmati hidup. Aku percaya dengan semua rencana Tuhan.

Kini

Doakan agar aku berjaya dengan cita2 ku...sebelum mataku layu, kejutkan aku...Semoga Tuhan memberkati kita semua.!

Sunday, 18 March 2012

Minggu ke 2 persekolahan Nuel




Nuel baru sahaja memulakan persekolahannya pada 5hb Mac 2012 yang lepas. Baru seminggu mula, cuti la pulak selama seminggu.

Hari pertama persekolahan, Nuel sangat teruja nak ke kelas. Masa hantar kat depan sekolah dia pun, dia tak banyak karenah. Mula-mula cikgu2 kat situ ingatkan Nuel akan menangis kerana terpaksa ditinggalkan di sekolah tapi nasib baik tak...Sebaliknya, aku yg menangis...hehe...Mungkin aku terharu sbb Nuel dari kecil sampaikan sekarang ni tak pernah susahkan aku. Nuel lebih matang dari usia dia. Banyak karenah dia yg org tak tahu.

Aku suka berkongsi cerita tentang Nuel sbb dalam hati kecil aku, Nuel sungguh istimewa bagi aku. Sebagai ibu, aku amat2 bersyukur kerana Tuhan bagi aku zuriat yg sungguh pintar dan comel. Semoga blog ini akan diteruskan sendiri oleh Nuel suatu hari nanti. Biarlah apabila dia besar nanti, seronok mengetahui kisah2 hidupnya sejak kecil lagi. Maklumlah, kita sebagai ibubapa akan tua dan bertambah tua dari hari ke hari..

Kat bawah ni ialah video semasa Nuel berusia 3 Tahun. Video ini diambil di kuching.


Monday, 12 March 2012

Album 2









Album 1



\